Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai telah diadakan pada hari Selasa 26 Julai 2011. Perhimpunan pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Jennysham dari Unit Kewangan. Perhimpunan ini seperti biasa ianya dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amirol Alif kemudian disusuli dengan lafaz ikrar oleh Encik Zakiyudin. Ucapan amanat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Encik Mohamad Azriza mewakili Pengarah AIMM. Sebagaimana biasa setiap perhimpunan bulanan semua Ketua Pusat atau wakilnya menyampaikan beberapa amanat penting dan aktiviti yang dirancang di AIMM. Satu taklimat khas dari pengerusi Kelab REKA diberikan perhimpunan kali ini, Perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan serta laporan. Sebagaimana biasa satu ceramah sempena sambutan bulan ramadhan disampaikan oleh Ustaz Amirol Aliff. Setelah selesai seperti biasa satu jamuan ringkas disajikan untuk semua yang hadir.