Sunday, November 20, 2011

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2011

Perhimpunan bulanan bagi bulan September telah diadakan pada hari Isnin 12 September 2011. Perhimpunan dipengerusikan oleh Encik Zulfadli dari Bahagian Pentadbiran. Seperti biasa dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu dsusuli pula dengan lagu Imigresen. Seterusnya dengan bacaan doa oleh Ustaz Amirol kemudian  dengan lafaz ikrar Encik Zainal. Setelah selesai Tuan Pengarah Encik NorHamran menyampaikan amanat dan taklimat kepada semua staf. Beliau menyampaikan secara ringkas beberapa pengumuman penting kepada semua staf AIMM. Kemudian giliran seorang staf baru iaitu Puan Rasniah, Encik Ramdhan dan Encik Faizal memperkenalkan diriSetelah selesai tibalah giliran PPI jasmi memberikan ucapan ringkas bersempena dengan pertukaranya ke Imigresen Johor setelah hampir tiga tahun berkhidmat di AIMM. Setelah selesaisatu ceramah agama diperdengarkan oleh Ustaz Amirol. Majlis berakhir jam 11.30 pagi disudahi dengan jamuan ringan untuk semua kakitangan AIMM .









terma kasih Tuan Jasmi diatas jasa yang telah anda berikan

No comments:

Post a Comment