Wednesday, June 23, 2010

Perhimpunan bulanan bagi bulan Mei

Perhimpunan bulanan untuk bulan Mei pada kali ini telah diadakan dengan jayanya pada 21 Mei 2010.Perhimpunan kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Norlia Bt Masran.Bagi memberkati majlis pada kali ini bacaan doa telah di bacakan oleh Encik Shaiful Bahrin Bin Baharudin.Selepas itu Tuan Pengarah Akademi Imigresen telah menyampaikan amanat kepada semua warga AIMM.Pada perhimpunan kali ini juga telah diadakan sesi perkenalan kakitangan baru iaitu Encik Nazri Bin Montil pembantu perpustakaan yang menggantikan Cik Rozila Bt Basir yang telah bertukar ke perpustakaan INTAN Bukit Kiara KUALA LUMPUR.Pada perhimpunan kali ini juga satu upacara ringkas penyerahan sijil Anugerah Khidmat Cemerlang juga telah diadakan.Kepada penerima anugerah tahniah dan syabas diucapkan semoga kalian terus memberi mutu perkhidmatan yang baik demi untuk kebaikan bersama.













Dipengerusikan oleh Puan Norlia Bt Masran















Tuan pengarah sedang memberi taklimat kepada warga AIMM













Sesi perkenalan kakitangan baru En Nazri Bin Montil
Antara wajah - wajah penerima anugerah APC


No comments:

Post a Comment