Perhimpunan bulan Mei 2011 telah diadakan pada 26 hb mei 2011 iaitu pada hari Khamis. Perhimpunan ini telah diadakan bertempat di Dewan Berlian. Pada perhimpunan kali ini En Zulfadli telah menjadi pengacara majlis. Untuk memberkati lagi majlis pada kali ini seperti biasa bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Amirol Aliff Bin Amd Sidin dan Bacaan ikrar oleh En Mohd Faiz. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan lagu Imigresen. Sesi memperkenalkan staf baru iaitu Pn Marshitah yang menggantikan Puan Ellyzah sebagai setiausaha Pengarah Aimm, En Mohammad Azriza iaitu Timbalan Pengarah Aimm gred M48, En Shazerin dan Puan Mulyati sebagai pegawai Imigresen gred KP17. Setelah itu semua ketua pusat telah memberi taklimat ringkas berkenaan pusat masing - masing. Pada perhimpunan satu upacara penyampaian cenderahati kepada warga AIMM yang akan bertukar dan yang menyambut hari lahir bernula Januari hingga Mei telah disampaikan oleh Tuan Pengarah AIMM, Tuan Nor Hamran Bin Hussein. Warga Aimm yang akan bertukar adalah En Mohd Faiz yang akan bertukar ke Shah Alam, En Shahrol Bin Sutan Paman yang akan bertukar ke JIM Negeri Sembilan dan Puan Faridah bertukar ke Kedah.
![]() |
| Penyampaian cenderahati untuk staff yang menyambut hari lahir |
![]() |
| Cenderhati dari Kelab Reka untuk staff yang akan bertukar |
![]() |
| Tuan Pengarah sedang menyampaikan cenderahati kepada En Sharol yang akan bertukar ke JIM N. Sembilan |





No comments:
Post a Comment